Soalan Lazim

Soalan-soalan Umum

S: Adakah SnapTube percuma untuk digunakan?

Ya, SnapTube adalah sebuah aplikasi 100% percuma, tiada bayaran diperlukan.

S: Mengapa SnapTube tiada dalam Google Play? Adakah SnapTube selamat?

SnapTube tiada dalam Google Play berikutan dengan Polisi Google yang melarang aplikasi muat turun YouTube atas sebab hak cipta.
SnapTube adalah selamat dan bersih, bebas virus atau hasad.

S: Bolehkah saya menggunakan SnapTube pada iPhone atau iPad saya?

SnapTube kini hanya boleh didapati untuk Android.

S: Bagaimana saya boleh memuat turun video?

Apabila anda menenui video yang anda mahu memuat turun, hala ke halaman terperinci, klik butang muat turun di bahagian kanan di bawah, pilih resolusi, kemudian muat turun akan bermula.

S: Bagaimana saya boleh mencari video?

Anda boleh mencari video dalam bar carian, atau navigasi ke tab dan carian YouTube.

S: Bagaimana saya boleh menapis hasil carian?

Di bahagian bawah halaman keputusan, anda boleh melihat pilihan Durasi dan Pada Sepanjang Masa, yang membolehkan anda menapis keputusan berdasarkan kepada durasi video dan tarikh video dimuat naik.

S: Bagaimana saya boleh mengemas kini SnapTube saya?

Apabila terdapat versi baru, anda akan menerima pemberitahuan yang meminta anda untuk mengemas kini. Klik untuk muat turun pengemaskinian. Jika pengemaskinian tidak berjaya, sila menuju ke www.snaptubeapp.com untuk memuat turun versi baru dan pasang. Jika pemasangan gagal, sila nyahpasang SnapTube semasa dan pasang semula.

S: Bagaimana saya boleh menghubungi SnapTube untuk memberi maklum balas atau meminta kerjasama?

Terdapat 3 cara anda boleh menghubungi SnapTube - Hala ke Tetapan, klik Laporkan Pepijat, atau Sukai kami dalam Facebook. Atau hantarkan e-mel kepada kami: hello@snaptubeapp.com

S: Bagaimana untuk mendapatkan berita terkini tentang SnapTube?

Ikuti kami dalam Facebook: http://facebook.com/snaptubeapp

S: Adakah penggunaan SnapTube sah di sisi undang-undang?

SnapTube hanya boleh digunakan untuk tujuan peribadi, sebarang pelanggaran akan menyebabkan penamatan perkhidmatan. Sila gunakan snaptube mengikut undang-undang negara anda.

Untuk Muat turun Video atau Muzik daripada YouTube

S: Apabila memilih untuk memuat turun mp3, adakah mp3 sudah dimuat turun atau video yang kemudiannya ditukarkan kepada mp3?

Fail AUDIO video YouTube dimuat turun terus, dan secara automatik ditukarkan kepada format mp3.

S: Mengapa muat turun video 1080p atau 2k tidak disediakan?

Bagi sesetengah peranti x86, video 1080p, mp3 dan video 2K tidak tersedia untuk dimuat turun pada masa ini. Peranti x86 adalah seperti Asus Zenfone, Lenovo K900, Acer Liquid C1, Lumia 1000, Moto XT890, dll.
Untuk beberapa video YouTube, resolusi asal yang kurang daripada 1920x1080, SnapTube hanya menyediakan pilihan tidak melebihi daripada kualiti asal.

S: Bagaimana saya boleh memuat turun dengan lebih pantas?

Untuk mempercepatkan tugasan tertentu, anda boleh cuba menetapkan Tugasan Muat turun Maksimum kepada 1 dan hentikan seketika semua tugasan lain.
Atau cuba untuk mematikan Mod Muat turun Pantas dalam Tetapan.

S: Bagaimana saya boleh menetapkan bilangan tugasan, agar saya boleh memuat turun lebih banyak video pada masa yang sama?

Anda boleh menetapkan nombor 1-10 dalam Tetapan - Tugasan Muat turun Maksimum.

Muat turun Video daripada Laman Web yang Lain

S: Bagaimana saya boleh memuat turun video Facebook?

Sila log masuk akaun Facebook anda dalam SnapTube, apabila terdapat video pada garis masa/ kumpulan / halaman anda, anda akan menjumpai sebuah butang muat turun putih di sudut atas bahagian kiri video, kliknya untuk muat turun.

S: Mengapa saya tidak boleh memuat turun video Facebook dalam resolusi HD?

Fail-fail yang anda muat turun daripada Facebook atau laman-laman web video yang lain kecuali YouTube adalah fail asal.

S: Why can't I use 'copy url' to start downloading videos from my Facebook app?

The 'copy url' feature is currently only available for the videos shared to 'public', for those shared with secrets groups or limited friends, SnapTube can't access for now.

S: Bagaimana untuk memuat turun video atau gambar daripada Instagram?

Langkah 1, Cari video yang anda ingin muat turun. Klik butang Lebih Lagi di sudut bawah bahagian kanan gambar, berhampiran dengan butang Komen.
Langkah 2, Klik Salin Kongsi Url.
Langkah 3, Kembali ke SnapTube, SnapTube akan membuka url tersebut secara automatik, klik butang Muat turun.

S: Mengapa butang muat turun berwarna kelabu?

Sila cuba klik butang Main pada video terlebih dahulu, dan kemudiannya butang muat turun akan bertukar kepada warna merah.

S: Mengapa video-video youtube yang terpampang pada sesetengah laman web tidak tersedia untuk dimuat turun?

Video-video yang terpampang tidak disokong oleh SnapTube pada masa ini.

S: Ralat menunjukkan ‘Gagal mendapatkan maklumat video’, apa yang harus saya lakukan?

Sambungan anda dan pelayan adalah lemah, sila cuba semula sebentar lagi. Jika masalah berterusan, sila hantarkan laporan pepijat bersama url video kepada kami.

S: Mengapa tugasan muat turun terhenti?

Tugasan muat turun terhenti apabila rangkaian adalah tidak stabil atau terlalu lemah, aplikasi secara automatik akan cuba untuk melakukan sambungan dalam tempoh masa yang tertentu, jika masalah rangkaian berterusan, muat turun akan terhenti. Anda boleh sambung semula muat turun secara manual.

S: Mengapa saya perlu menunggu selama beberapa saat semasa memuat turun fail yang besar?

SnapTube memerlukan sedikit masa ketika cuba untuk menyimpan fail dalam peranti anda. Penyimpanan fail ke dalam memori telefon mengambil masa yang lebih singkat berbanding dengan penyimpanan ke dalam kad SD.

S: Bagaimana saya boleh memuat turun video daripada laman-laman web yang tidak disenaraikan dalam halaman utama atau tanda buku?

Salin pautan video dan tampalkannya dalam kotak carian pada SnapTube, dan klik Cari atau Masuk.
Anda kerap lawat sebuah laman web? Tambahkannya ke dalam halaman utama supaya anda tidak perlu salin dan tampal url selepas ini.

Untuk Simpan Fail & Padam Sejarah

S: Bagaimana untuk memuat turun fail ke kad SD?

Pergi ke Tetapan dalam SnapTube, klik Laluan Muat turun, pilih Telefon atau Kad extSd, pilih folder sedia ada atau buat folder baru, dan klik Ya. Jika tiada pilihan untuk SD, sila hantarkan laporan pepijat kepada SnapTube.

S: Bagaimana untuk membuang carian atau sejarah muat turun?

Klik kotak carian, buka halaman tersebut dan anda dapat melihat Sejarah Carian, klik Sampah untuk memadam sejarah carian.
Hala ke Video Saya - Muat Turun, klik ... pada video, pilih Padam, pilih Padam sejarah. Jika anda ingin memadam fail, pilih sebaliknya Padam fail.

S: Bagaimana untuk melawat laman web fail-fail yang saya muat turun?

Hala ke Video Saya - Muat turun, tap fail yang telah dimuat turun, pilih HALA KE LAMAN WEB.

Kongsi Fail atau Apk

S: Bagaimana untuk berkongsi fail yang telah dimuat turun?

Hala ke Video Saya - Muat turun, klik ... pada video, tap Kongsi, pilih pemindahan fail atau perkhidmatan awan seperti Bluetooth, ShareIt, Dropbox, dll..

S: Bagaimana untuk berkongsi SnapTube?

Buka aplikasi, tap butang Kongsi di bar bawah di bahagian tengah dan hantarkan pautan kepada kenalan-kenalan anda.

S: Mengapa saya tidak boleh berkongsi fail dengan kenalan-kenalan dalam Whatsapp atau Facebook?

Pemindahan fail muzik atau fail video tidak disokong oleh Whatsapp atau Facebook.

SnapTube